Tuesday, November 24, 2009

Harus Bertawasul

Tawassul dan istighatsah adalah amalan para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Tidak ada ulama Sunni yang menentang amalan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin, sama ada sewaktu hayat mereka maupun setelah wafat. Yang menentang hanyalah mereka yang suka benar sendiri dan menghukum orang lain sebagai sesat, bid'ah dan sebagainya. Dan antara sandaran mereka untuk menghalang dari bertawassul dan beristighasah dengan para anbiya' dan awliya' yang telah wafat adalah atsar Sayyidina 'Umar bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. Dengan bangganya mereka mendakwa bahawa "Inilah bukti yang kita tidak boleh bertawassul dengan orang yang telah mati". Benarkah begitu?

Antara ulama kita yang masih berada di dunia yang fana ini, semoga Allah memanjang dan memberkati usia beliau, adalahal-'Allaamah al-Faqiih al-Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith. Dalam karyanya yang berbentuk soal-jawab yang berjodol "al-Ajwibah al-Ghaaliyah", beliau (hafizahUllah) menjelaskan berhubung persoalan ini. Pada halaman 77 - 79, beliau menulis:-

S: Jika bertawassul dengan orang-orang yang telah meninggal itu hukumnya jaiz (harus), maka kenapakah Khalifah 'Umar bin al-Khaththab bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w.?

J: Telah menjawab para ulama : Adapun tawassul Sayyidina 'Umar r.a. dengan Sayyidina 'Abbas r.a. bukanlah dalil yang menunjukkan ketidakharusan bertawassul dengan orang yang telah wafat meninggal dunia. Bahawasanya tawassul Sayyidina 'Umar dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah untuk menjelaskan kepada manusia bahawa tawassul dengan selain Junjungan Nabi s.a.w. adalah harus yakni boleh (jaiz) dan tidak apa-apa (yakni tidak berdosa). Dan dikhas bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. daripada sekalian sahabat adalah untuk menzahirkan kemuliaan keluarga Junjungan Rasulullah s.a.w.

S: Apakah dalilnya bagi yang sedemikian?

J: Dalil bagi yang sedemikian adalah bahawasanya telah sabit tawassul sahabat dengan Junjungan Nabi s.a.w. selepas baginda wafat. Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shohih: "Sesungguhnya manusia menghadapi kemarau pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Umar r.a., lalu Sayyidina Bilal bin al-Haarits r.a. mendatangi (menziarahi) makam Junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya RasulAllah, mohonlah hujan bagi umatmu kerana mereka menuju kebinasaan (yakni akibat kemarau tersebut)." Setelah itu, Sayyidina Bilal bin al-Haarits telah bermimpi didatangi Junjungan Nabi s.a.w. dan baginda bersabda kepadanya: "Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan salamku dan maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Sayyidina Bilal bin al-Harits pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan salam dan pesanan Junjungan Nabi s.a.w. tersebut, lalu menangislah Sayyidina 'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."

S: Bagaimanakah hadits tersebut dapat dijadikan dalil?

J: Dalilnya adalah pada perbuatan Sayyidina Bilal tersebut yang merupakan seorang sahabat dan pada sikap Sayyidina 'Umar serta lain-lain sahabat yang tidak mengingkari perbuatan tersebut (yakni jikalah perbuatan Sayyidina Bilal untuk beristighatsah kepada Junjungan Nabi s.a.w. itu satu kesalahan, maka pasti Sayyidina 'Umar dan para sahabat yang lain akan mengingkarinya). Dan antara dalil lain adalah apa yang dikeluarkan oleh ad-Darimi: " Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah r.'anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh - tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah kerana lemak, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqah"(tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."

KESIMPULAN: Bahawsanya bertawassul itu adalah harus (jaiz / mubah) , sama ada dengan amal-amal sholih ataupun dengan pelaku-pelaku amal sholih tersebvt iaitu para sholihin, sama ada dengan mereka-mereka yang masih hidu p ataupun yang sudah wafat meninggal dunia. Bahkan perbuatan bertawassul ini telah berlaku atas setiap keadaan hatta sebelum penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. (yakni sebagaimana terjadinya tawassul Nabi Adam a.s. dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebelum Baginda Nabi s.a.w. dilahirkan).

sumber

Tuesday, November 17, 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

Monday, November 16, 2009

RUKUN BAIAH : AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF

 

............MUQADDIMAH Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah. Tahun 1948 - 2008 adalah tahun yang menggenapkan usia 60 tahun kesyahidan beliau. Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt. Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt.

Saudaraku yang dihormati sekelian : Hari ini kita sedang menghadapi suatu realiti bahawa perjuangan menyambung lidah baginda Rasul saw. semakin sengit dan getir. Suatu realiti yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran. 
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. 


Surah Al Anfaal . Ayat : 60 

Ulama' – ulama' di sepanjang zaman, tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah. Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka. Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :


Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah . ARKANUL BAIAH . Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat yang memaksa dan mendesak . Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah . Kejituan intima' dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya. Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .

Saudara ku yang dihormati sekelian . Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir . Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif . Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .



Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt kebaikan nescaya ia diberi faham tentang agama


Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin

UCAPAN SAIYIDINA UMAR AL KHATTAB RHA.


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". 
Surah Al Ana'am . Ayat : 162 - 163 


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". 
Surah At Taubah . Ayat : 105


Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; 

Surah An Nisa' . Ayat : 95



Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah . ( Al hadis )


 


 
 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
Surah At Taubah . Ayat : 11

 
 


Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga: 

Pengenalan (Takrif)

Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum. Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah. 

Pembinaan (Takwin)

Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah perintah dan taat tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini. Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah ketaatan mutlak. 

Pelaksanaan (Tanfiz)

Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui ketaatan mutlak. Barisan Ikhwan al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359. Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini. 


Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) 
sedikitpun. (Al-Ahzab: 23) 

Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar. Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa.

Mereka bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra: 51) 


Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.

 
 

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)

 
 

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)


 


Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian.

Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa: 65)


Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)

Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan.

PAS : Dakwah dan Siasah

    


 

Ditulis oleh Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi   

Selasa, 05 Mei 2009 02:31

Melebarkan Sokongan
Merentasi Semua Kelompok
Serta Segmen Rakyat dan Pengundi

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa.

Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan, tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita. 


Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek:

Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH

Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas .

Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB

Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah .

Subjek yang ketiga : DAKWAH YANG SYAMILAH

Iaitu penerangan yang menyeluruh berlandaskan objektif dan matlamat suci perjuangan . Melampaui tembok pemisah yang dibina oleh musuh jega melepasi kejumudan kelompok sendiri .

Subjek yang keempat : SIASAH YANG RAASYIDAH.

Iaitu politik yang memimpin dan menyelamatkan ummah dari cengkaman nafsu liar penguasa toghut dan zalim serta kejam melalui pendekatan yang berhemah dan berhikmah .

Justeru itu saya merasakan sayugianya kita memperkasakan sistem Jalur Lebar dakwah dan siasah parti yang bersifat online , fulltime dan borderless .

Saya juga mempunyai 5 perhatian untuk diteliti oleh kita semua :

Perhatian 1 :

Penerangan atau dakwah kita jangan hanya berlegar dengan skima atau trend pengupasan isu semata - mata sebaliknya kita mahu dakwah atau penerangan yang berjaya membentuk thaqafah ( knowledge ) ahli dan wa'iyah ( kesedaran ) ummah , yang mesti tegak di atas 4 matlamat ( prinsip ) umum dakwah dan siasah kita :

1. Tamkiin Li Deenillah ( Memperteguh Perlaksanaan Agama Allah )

2. Iqaamatud Daulatil Islam . ( Mendirikan Kedaulatan Islam )

3. Ia'adatul Khilafah ( Mengembalikan Khilafah )

4. Tabliighul Islam Linnaasi Kaafah ( Menyampaikan Islam kpd Masyarakat seluruhnya )

Perhatian 2 :

Orientasi perjuangan kita mesti bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya membawa mesej penerangan atau dakwah kita berhenti di pintu bilik pembuangan undi di hari pilihanraya semata - mata atau dalam erti kata lain , penerangan / dakwah yang hanya untuk memancing undi .

Tasawwur kita mestilah diperbaiki khususnya penerangan / dakwah kita terhadap non muslim bukan bertujuan pancing undi tetapi ianya bersifat jangka panjang untuk mereka kenal dan terima perjuangan kita .

Apa yang kita mahu ialah penerangan atau dakwah yang berjaya meledakkan daya insaf dan sedar dikalangan masyarakat terhadap masuuliyah ( tanggungjawab ) mereka menjadi seorang hamba Allah / khalifah Allah dan akhirnya melayakkan mereka menjadi warga syurga Allah swt . Inilah prinsip penerangan atau dakwah nabi Muhammad saw. Inqaazunnas a'nin Naar ( menyelamatkan manusia dari api neraka .)

Perhatian 3 :

Jangan biarkan unjuran dan kitaran peneranganatau dakwah kita tidak melepasi garis sempadan daerah sendiri. Penerangan / dakwah yang hanya berfungsi dari pintu surau ke pintu masjid , dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiyah .

Sedang sasaran ( madu'u ) penerangan / dakwah kita diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat , budaya dan agama malah juga pelbagai latar belakang politik , ekonomi dan sosial . Demikian juga pendekatan dakwah kita jangan hanya di atas platform majlis rasmi tetapi juga di majlis tidak rasmi.

Bertolak dari sini , suka saya tegaskan bahawa kita mesti menguasai modul Dakwah Fardiyyah iaitu dakwah / penerangan yang berasaskan personal contact dengan pendekatan :

Politik Kasih Sayang
Politik Rapat Jurang
Politik Tambat Hati

dan menjadikan kita Duta Penyelamat dan Kasih Sayang . Sementara itu persoalan titik bengek , perbedaan pendapat seperti isu muqaabalah usahlah dijadikan satu hambatan kepada perjuangan kita nan suci ini . Bukankah perjuangan kita sudah matang dan melewati usia emas !

Kata Asy Syeikh Rashid Redha ( dipopularkan oleh Imam al Banna ) :

نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعزر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza padanya .

Perhatian 4 :

Realiti penerangan / dakwah kita dewasa ini sedang melintasi zon kelabu iaitu zon demokrasi yang tidak demokratik . Satu zon yang menyaksikan sandiwara negara demokrasi yang sangat jelek dan memualkan kita . Sekalipun cuba dipulih kononnya oleh UMNO dan BN , nyata ia hanya satu lagak untuk mengelirukan rakyat agar terus memberi sokongan kepada mereka .

Lantaran itu , sistem penerangan / dakwah kita mesti peka dan sensitif dalam menghadapi suasana seperti ini . Lajnah Penerangan dan Jabatan Penerangan sewajarnya menjadi organ yang paling sibuk mengendali dan mendepani situasi sebegini .

Bertindak laksana Tariq bin Ziyad yang membakar kapal untuk tidak memungkin mereka berpatah pulang melainkan terus mara membawa panji Islam . Begitu juga Uqbah bin Nafiq yang bermunajat : " Ya Allah , kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

Jangan rasa kerdil dan hina untuk membawa risalah Islam ini ke tengah masyarakat biarpun 1001 nista dilemparkan kepada kita . Prinsip kita turun ke medan ialah :

عش كريما أو مت شهيدا

Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid .

CABARAN YANG TERPAKSA DIDEPANI

Kita mesti menggaris strategi dan merencana gerakkerja yang efektif guna mendepani cabaran. Cabaran yang mesti kita depani antaranya ialah :

Cabaran undemokrasi
Cabaran kekeliruan agama yang dicipta
Cabaran Kejahilan Ummah
Cabaran Kelesuan Ulamak
Cabaran Konspirasi Pemerintahan UMNO dan BN dengan agenda jahat mereka untuk menghalang perlaksanaan dan penghayatan Islam dikalangan rakyat.

Perhatian 5 :

Aktiviti penerangan / dakwah kita mesti dipastikan agar tidak bersifat stereo type dan terikat dengan aktiviti tradisi . Saya tidak menafikan keupayaan dan keberkesanan aktiviti tradisi dalam penerangan / dakwah kita seperti ceramah , kuliah dan sebagainya , tetapi wajar kita responsif dengan perkembangan semasa yang memerlukan kita lebih advance dari pihak musuh .

Inilah yang telah dipertegaskan oleh al Marhum Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan - penemuan baru yang bermanafaat.

Berasaskan kesedaran ini , kita mesti laksanakan beberapa misi penting .

Misi pertama :

Mengkaderkan petugas penerangan / dakwah yang mampu , bukan sahaja sebagai pemidato yang berkaliber tetapi juga mewarisi syakhsiyyah kepimpinan wibawa sehingga berkeupayaan menyahut keperluan penerangan / dakwah masa kini , seperti dialog dan debat intelektual berhadapan dengan semua pihak termasuklah golongan Islam Liberal atau golongan sekular .

Misi Kedua :

Mengaktifkan hubungan dan penerangan ( dakwah ) sehingga ia menjadi hotlink antara kita dengan pelbagai kaum dan agama . Manual pendekatan berkesan mestilah diketahui dan dilaksanakan .

Media seperti Harakah sayugianya pula meneroka satu ruang berita dalam bahasa Mandarin dan Tamil walaupun terhad sebagai langkah permulaan setelah kita mempunyai english section .

Saya juga merasakan perlunya Suruhanjaya ( dalaman ) Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Harakah ditubuh . Bukanlah bertujuan untuk menyiasat penyelewengan kerana saya percaya tiada penyelewengan tetapi maksud saya untuk memberi nafas baru dan meningkatkan prestasi Harakah ( seperti mutu pemberitaan ) termasuk mengkaji keberkesanan sistem edaran Harakah kepada umum .

Sewajarnya kita kena insaf bahawa Harakah adalah Lidah Rasmi Gerakan Islam PAS . Pasti sahaja ia tidak boleh tampil membawa glamour atau publisiti seperti Mastika , Metro dan lainnya dengan hanya melihat kepada bagaimana mahu melariskan jualan.

Saya juga tidak setuju jika Harakah hanya dilihat sebagai akhbar politik yang hanya sarat dengan penjelasan isu tetapi perlu seimbang dalam membawa mesej perjuangan . ( siasah , dakwah dan tarbiah ) Sebagaimana saya juga akan terkilan andainya Harakah ( cetak dan online ) hanya menjadi lidah rasmi kepada tokoh - tokoh tertentu bukannya jamaah.

Tuesday, June 2, 2009

Wednesday, May 13, 2009